Sunday, July 29, 2012

footprints in my heart (part 3)

Suatu pagi yang nyaman di Maldives. Ombak laut yang beralun, ditemani dengan burung-burung berterbangan diatasnya. Matahari baru sahaja hendak terbit untuk melakukan tugas hariannya. Pagi yang sangat indah terutama kepada pasangan yang baru sahaja berkahwin, William dan Ashley. Sudah menjadi impian William untuk membawa isterinya berbulan madu di situ. Di dalam bilik mereka yang berhadapan dengan lautan dan matahari terbit, Ashley membuka tirai dan menyaksikan suatu keindahan yang tidak dapat dilupakan. Alangkah bagusnya jikalau dapat tinggal di situ. Di Maldives juga ramai orang akan jumpa ketenangan yang mereka tidak akan dapat melupakan. William dan Ashley dapat berdua-duaan tanpa sebarang gangguan dan kerja. Bulan madu yang sangat indah bagi mereka berdua.

Ashley: Good morning, willy. 
William: Hey beautiful. Good morning. *kissing his wife*
Ashley: *while smiling* Wake up, lazy man. It's time to rise and shine !
William: Hmm give me 10 minutes. 
Ashley: Let's have some breakfast shall we? I want some food. *convincing william*
William: Yeah let's go. Hey sweetie, come here. *kissing Ashley's forehead*


Maldives merupakan lokasi berbulan madu yang strategik. Mempunyai pulau dan laut yang indah, dan antara tarikannya ialah terumbu karang yang besar dan terkenal dengan kecantikkannya. Sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana pasti terpukau dengan suasana tenang dan aman itu. Semasa bersarapan, Ashley bertanyakan soalan kepada William.

Ashley: Don't you want any kids in the near future?
William: *a lil bit shock while trying to swallow his breakfast* Of course I want the same thing. I love kids. 
Ashley: Hmm so let's plan quick ! I can't wait for my first child !
William: Easy there. There's no need to rush. Slowly, my dear. You scared me. Lol.
Ashley: But I can't wait to have my own kids. :(
William: Haha. Alright then ! We'll figure out something, okay darling?
Ashley: *nodding* Okay sweetheart. *smiling meaningfully*

Kembalinya mereka dari berbulan madu, William di dalam proses untuk mencari rumah pertama mereka. Sementara itu, mereka berdua tinggal di rumah keluarga William yg tersergam indah. Pada satu hari, William pulang ke rumah keluarganya dengan berita gembira. Pencariannya untuk rumah pertama dia dan Ashley telah tercapai. Akhirnya pasangan itu berpindah keluar dan Ashley amat terkejut apabila William menyediakan satu studio muzik khas untuknya mencari ilham atau berehat bersama alatan muziknya. Di situ tersedia gitar, piano, violin, trumpet, drum, dan segala peralatan sesebuah studio muzik perlukan. Kemudiannya, William menunjukkan gelanggang bola keranjang, kolam, taman di belakang rumah, dapur, bilik2 tetamu dan bilik utama mereka. Semuanya telah dilengkapi dengan perabot yang serba mahal dan berkualiti. Rumah idaman telah mereka dapat. William membawa Ashley ke garaj dan memberi kunci kepada Ashley. Ashley bingung dan mendapati ada sebuah kereta Ford Focus di dalamnya. William berkata,

William: That's your car, my dear. *smiling*
Ashley: *in shocked* Are you sure this is mine? How do you know I have been in love with this car since months ago? *about to burst into tears*
William: I know my sweetheart very much. :)
Ashley: Thanks, honey ! ;')


Selang beberapa tahun, pasangan itu mendapat anak kembar, lelaki dan perempuan. Lelaki diberi nama Adam manakala perempuan Ellie. William menangis terharu tatkala memegang kedua-dua anaknya dan mengucap rasa syukur kerana dikurniakan bayi yang sihat dan sempurna. William juga sebelum itu tidak pernah meninggalkan Ashley di dalam bilik bersalin dan berada di sampingnya seperti mana yang dia mahu. William memeluk Ashley yang sedang terbaring di atas katil dan mencium dahi isterinya. Dia sudah menjadi seorang ayah.

Adam yang berumur 4 tahun sedang berlatih bermain bola keranjang bersama William dan semenjak dari itu dia telah menunjukkan minatnya di dalam sukan itu. Mana tak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan. Jadi, William telah mengaturkan satu temu janji untuk anak lelakinya untuk bermain bola keranjang di dalam sebuah akademi tempatan. Ellie pula berbeza dari abangnya. Dia amat simple dan amat menyukai benda-benda comel. Lumrah perempuan agaknya. Tetapi Ellie juga mempunyai citarasa yang amat tinggi dalam fesyen terutama fesyen kanak-kanak pada peringkat umurnya. Menjadi keutamaan Ashley untuk membeli segala keperluan untuk anak perempuannya terutamanya pada barang-barang seperti baju, seluar, kasut dan sebagainya. Ellie berbeza dengan kanak-kanak lain. Dia tidak suka bermain anak patung seperti yang dijangkakan. Terdapat satu persamaan antara Ellie dan Adam iaitu kedua-duanya amat meminati music. Ellie bermain violin manakala Adam bermain piano. Mereka berdua mengikuti kelas di akademi muzik ibu mereka yang baru sahaja ditubuhkan setahun yang lalu.

William dan Ashley akan memastikan anak-anak mereka tidak melupakan pelajaran mereka dan menyediakan khidmat 'private tutor' di rumah untuk memastikan mereka faham dengan apa yang dipelajari di sekolah. Tidak lupa juga William dan Ashley tidak pernah menghalang jikalau anak-anak mereka bertukar minat ke arah benda lain selagi ianya tidak memudaratkan diri mereka.

Setiap malam, William akan menyanyikan lagu tidur untuk anaknya yang dikarang oleh Ashley sendiri khas untuk anak-anak mereka. Kemudian William akan mencium dahi anaknya dan dia tidak pernah lupa untuk berbuat demikian biarpun sibuk dengan urusan kerja dan permainan bola keranjangnya. Dek kerana populariti, beliau memastikan anak-anaknya selesa dengan kehidupan yang ada dan cuba sedaya upaya untuk mengasingkan media massa dari keluarganya. Mereka sekeluarga hidup bahagia. Kebanyakkan masa lapang mereka diisi dengan melancong ke serata dunia. Bagaikan sudah menjadi adat dalam keluarga mereka apabila tiba musim cuti sekolah, mereka akan menempah tiket ke serata dunia untuk tujuan melancong. William dan Ashley memang mempunyai satu hobi yang sama iaitu melancong dan pernah berangan untuk melancong bersama anak-anak. All we can say is their dream came true.